SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG2 DE'SAL SWEET LOVELY

PERKHIDMATAN KAMI:-

1.MENGADAKAN KELAS COKLAT & CUPCAKE SECARA HANDS-ON (BUAT SENDIRI);

2.SEDIA MENERIMA TEMPAHAN
COKLAT HOMEMADE YANG SEDAP DAN HALAL SEMPENA HARI RAYA, HARI JADI, HARI GURU, PERTUNANGAN, PERKAHWINAN DAN SEBAGAINYA.

SETIAP ORDER HENDAKLAH DIBUAT
2 MINGGU LEBIH AWAL BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSAN.


TEMPAHAN DAN PERTANYAAN MENGENAI KLAS, SILA HUBUNGI:
EMAIL : dsalsweetlovely@gmail.com
TEL : 013-7442273

ALAMAT:

KUBANG KERIAN, KOTA BHARU,
KELANTAN


KELAS VEGETABLE/FRUIT COOKIES (VFC)-HANDS-ON

MODUL KELAS
Diajar secara Hands-On (A-Z) Meliputi Cara-Cara:-
1. Membuat DOH
2. Design-14 design
Terung, cili, Carrot, Jagung, Strawberry, Blueberry, Nenas, Mangga, Manggis, Epal, Labu, Jambu Air, Pear & Oren (Boleh bawa balik)
3. Membakar
4.Mewarna (Colouring)
PERCUMA
1. Doh siap
2. Jem Nenas
3.Bunga Cengkeh
4. Kacang Badang
5. Berus 6 batang
6. Gunting Kecil
7.Bekas Mewarna
8.Telur 6 biji
9.Bekas Biskut

KELAS COKLAT

PENGUMUMAN
KELAS COKLAT SUDAH DIBUKA. UNTUK BOOKING KELAS SILA EMAIL ATAU TEL SEPERTI DI ATAS BAGI MENGETAHUI KELAS YANG MASIH KOSONG..
TERIMA KASIH


*Sedia Menerima Tempahan Untuk Sebarang Majlis (Hari jadi, Hari Guru, Hantaran Perkahwinan, door gift Dll)...

Kelas dibuka pada SETIAP HARI MINGGU

Lokasi Kelas:-

1) KOTA BHARU- Dibuka SEKALI SEBULAN (Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan)

Pembayaran Deposit RM 100.00 ke Akaun Maybank 162807008888 atas nama WAN SALMAH WAN AHMAD untuk booking tarikh kelas.. SMSkan details pembayaran ke talian 013-7442273. Baki bayaran RM 100.00 perlu dijelaskan semasa hadir kelas.

PERHATIAN..
PENGESAHAN KELAS DIKIRA SETELAH ANDA MENJELASKAN BAYARAN DEPOSIT. JIKA TIDAK..TEMPAT ANDA AKAN DIBERI KEPADA ORANG LAIN YANG BETUL2 BERMINAT, HARAP MAKLUM..TQ.

KELAS INFO (COKLAT)

KELAS COKLAT ( YURAN RM 200 sahaja )
1) Anda akan diajar secara Hands-on;
2) Nota Lengkap Diberi Percuma;
3) Coklat yang Anda Buat Boleh dibawa Pulang;
4) Khidmat Nasihat Selepas Kursus Percuma Sepanjang Masa;
5) Maksima Lima (5) Orang Pelajar Sahaja;
6) Anda akan diajar Cara membuat:-
i)Pelbagai Perisa Inti/Filling (Strawberry, Orange, Mocha, Yam dll)
ii)Teknik yg betul menemper coklat couverture.
iii)Membuat Pelbagai Bentuk Coklat compound. dgn deco yang menarik.
iv)Pelbagai Bentuk LollyChoc.
v)Pelbagai bentuk coklat oreo.
vi)Teknik mewarna coklat dgn betul dan mudah.
Sila bawa apron, bekas dan tuala kecil.
Masa belajar: 10:00 pagi hingga 5:00 petang @ hingga siap ( makan t/hari disediakan)

KELAS INFO (CUPCAKE)

KELAS CUPCAKE (YURAN RM 200 sahaja)
1) Cara membuat adunan cupcake coklat moist.
2) Cara menyapu topping butterkrim diatas cupcake.
3) Cara mendeco buttercream 6 biji cupcake.
4) Cara mendeco fondant 6 biji cupcake.
5) 12 biji cupcakes boleh dibawa pulang.
6) cara membuat butterkrim yang sedap dan resepi akan di berikan. Sila bawa apron dan kotak cupcakes 12 pcs.
Masa Belajar - 10:00 pagi hingga 3:00 petang @ hingga siap (Makan t/hari disediakan)

EDIBLE IMAGE KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Produk terbaru De' Sal Sweetlovely. Harga Promosi RM16.00 bagi setiap Saiz A4. Harga Biasa RM18.00 Cetakan akan dibuat selepas Semua BAYARAN DIBUAT.
KEISTIMEWAAN DE' SAL EDIBLE
#AROMA HARUM
#RASA YANG MANIS
#IMEJ JELAS
#TIDAK TERLALU NIPIS DAN TIDAK TERLALU TEBAL
#MUDAH DITANGGALKAN
#SHEET DAN DAKWAT YANG HALAL SERTA BOLEH DIMAKAN
#BEBAS TOKSID.
INFO
IMEJ MENGIKUT CITARASA ANDA
Anda boleh menempah imej gambar sendiri, Yang Tersayang atau Sesiapa. Cara Tempahan:-
1.Emailkan gambar yang jelas
2.Sebaik-baiknya gambar mestilah 300 kb & ke atas untuk Imej yang Terang & Jelas
3.Emailkan beserta ucapan dan saiz yang diperlukan.

Monday, June 28, 2010

KELAS COKLAT 26 JUN 2010 (K.TEREGGANU)




Salam alls,

Kelas coklat kali ini dihadiri 4 orang student dari terengganu, Na dari kemaman, Shita dari bukit besar, Suzie dari kampung Losong dan Ila juga dari kampung Losong. Kali ni terlebih student pulak, Kelas kat terengganu biasanya 3 orang saja, tapi Na dari kemaman minta juga nak join kelas ni sebab jauh nak datang pulak katanya, ambil peluang belajar coklat masa balik kampung.

Harap semuanya berjaya dalam biz coklat pulak, jangan lupa mempraktikkan diri selalu ya.......
Bagi yang ingin join kelas coklat, sila email or sms 013 7174422- pn sal.

Monday, June 21, 2010

CUPCAKE HANTARAN





Salam alls,

Cupcake fondant dan butterkrim ni order dari ma untuk majlis perkahwinan adik perempuannya, 1 box 12 pcs cupcake fondant untuk hantaran dan 30 pcs cupcake butterkrim sebagai doorgift untuk keluarga terdekat. Semoga berpuas hatilah ya, lain masa boleh order lagi,
dengan ucapan untuk pengantin baru, selamat berbahagia hingga kehujung nyawa.

COKLAT HANTARAN DAN 20 BOX 3 PCS CHOC ROSE FOR DOORGIFT





Salam alls,

Order dari fazrie untuk majlis perkahwinan adik iparnya 17 jun lepas, 1 box coklat hantaran untuk pihak lelaki dan 20 box 3 pcs choc rose untuk doorgift tetamu istimewa sebelah pengantin lelaki. Harap berpuas hati dengan coklatnya dan pakej yang disediakan dari De'sal sweet lovely, untuk tempahan sila email or sms 013-7174422 pn. sal.

Sunday, June 20, 2010

ORDER DARI MURID SMK KAMIL





Salam alls,

Semua coklat diatas adalah order dari murid2 smk kamil, 100 pcs coklat praline, 16 box oreo choc, 1 box star 9 pcs dan 1 pack eksklusif bentuk love pink filling strawbery.

Harap semuanya berpuas hati dengan coklat homemade keluaran dari De' sal sweet lovely ni ya.

Wednesday, June 16, 2010

KELAS COKLAT 14 JUN 2010 (KUALA TERENGGANU)





Salam,

Kelas coklat kali ni dihadiri 3 orang students, kak saripah dari jalan pusara, kak munirah dari kuala ibai dan kak da dari seberang takir, masing2 naik semput menemper coklat couverture.
mereka minta kelas pada hari biasa, jadi saya setuju aje sebab musim cuti ni anak2 ada kat rumah boleh tolong apa2 yang patut.

Kelas berjalan lancar, semua tak sabar2 nak membawa balik hasil kerjatangan mereka, boleh tahan jugak, kak pah walaupun matanya kabur tapi tetap bersemangat, Kepada semua diucapkan selamat maju jaya dalam bisnes coklat ni, jangan lupa selalu mempraktikkan diri ya.

Kepada yang berminat sila confirm dengan segera, nyatakan nama dan tarikh yang anda inginkan, ok...bye..............

Tuesday, June 15, 2010

KELAS PERTAMA DI KOTA BHARU-11 JUN 2010







Salam,

Alhamdulillah kelas di kota bharu berjalan dengan lancar, dihadiri dua orang student Atiqah dari kampung huda sedang menuntut di uitm dungun dan norziana dari kampung pasir jelatang seorang guru yang bertugas di pulau pinang ambik peluang masa cuti ni untuk belajar coklat.

Kepada kedua-duanya jangan lupa selalu mempraktikkan diri ya, selamat maju jaya dalam bisnes coklat ni.


Daaaaaaa...........


Thursday, June 10, 2010

BUAH TANGAN



Salam alls,

Semua order ni telah pun dihantar kepada tuannya, semoga semuanya berpuas hatilah ya.

Kepada yang tercari2 hadiah untuk apa jua majlis, sebagai buah tangan untuk saudara mara atau kawan bolehlah menghubungi talian 013-7174422-puan sal, De'sal sweet lovely sedia membantu anda.

Tuesday, June 8, 2010

COKLAT PRALINE DAN COKLAT OREO

Salam alls,

Sebahagian dari coklat praline yg dah siap untuk dipack, terdapat pelbagai bentuk dan perisa.


Coklat oreo dengan pelbagai warna telah pun siap dipack dan dihantar kepada tuannya minggu lepas,



Yang ni 200 pcs coklat dengan pelbagai bentuk dan perisa, semua coklat diatas telah pun dihantar kepada tuannya minggu lepas, semoga semuanya berpuas hatilah ya, lain kali boleh order lagi ya.

Thursday, June 3, 2010

BESDAY GIFT




Salam alls,

Order besday gift 15 cavity ni untuk dihadiahkan kepada kawannya Hanif, nak semua bentuk love, harap berpuas hati dengan coklatnya dan pakej yang disediakan.

ORDER CUSTOMER KELANTAN







Salam alls,

Syukurlah baru 2 minggu masuk pasaran kelantan, permintaannya amat menggalakkan juga. kali ni order dari angah, 100 pcs coklat praline berbagai bentuk dan perisa, 10 box coklat oreo dan 3 pack eksklusif dari guru2 SMK Tok Janggut. Order ni kali kedua dari guru2 kat sana, tq ya cikgu, lain kali boleh order lagi.