SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG2 DE'SAL SWEET LOVELY

PERKHIDMATAN KAMI:-

1.MENGADAKAN KELAS COKLAT & CUPCAKE SECARA HANDS-ON (BUAT SENDIRI);

2.SEDIA MENERIMA TEMPAHAN
COKLAT HOMEMADE YANG SEDAP DAN HALAL SEMPENA HARI RAYA, HARI JADI, HARI GURU, PERTUNANGAN, PERKAHWINAN DAN SEBAGAINYA.

SETIAP ORDER HENDAKLAH DIBUAT
2 MINGGU LEBIH AWAL BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSAN.


TEMPAHAN DAN PERTANYAAN MENGENAI KLAS, SILA HUBUNGI:
EMAIL : dsalsweetlovely@gmail.com
TEL : 013-7442273

ALAMAT:

KUBANG KERIAN, KOTA BHARU,
KELANTAN


KELAS VEGETABLE/FRUIT COOKIES (VFC)-HANDS-ON

MODUL KELAS
Diajar secara Hands-On (A-Z) Meliputi Cara-Cara:-
1. Membuat DOH
2. Design-14 design
Terung, cili, Carrot, Jagung, Strawberry, Blueberry, Nenas, Mangga, Manggis, Epal, Labu, Jambu Air, Pear & Oren (Boleh bawa balik)
3. Membakar
4.Mewarna (Colouring)
PERCUMA
1. Doh siap
2. Jem Nenas
3.Bunga Cengkeh
4. Kacang Badang
5. Berus 6 batang
6. Gunting Kecil
7.Bekas Mewarna
8.Telur 6 biji
9.Bekas Biskut

KELAS COKLAT

PENGUMUMAN
KELAS COKLAT SUDAH DIBUKA. UNTUK BOOKING KELAS SILA EMAIL ATAU TEL SEPERTI DI ATAS BAGI MENGETAHUI KELAS YANG MASIH KOSONG..
TERIMA KASIH


*Sedia Menerima Tempahan Untuk Sebarang Majlis (Hari jadi, Hari Guru, Hantaran Perkahwinan, door gift Dll)...

Kelas dibuka pada SETIAP HARI MINGGU

Lokasi Kelas:-

1) KOTA BHARU- Dibuka SEKALI SEBULAN (Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan)

Pembayaran Deposit RM 100.00 ke Akaun Maybank 162807008888 atas nama WAN SALMAH WAN AHMAD untuk booking tarikh kelas.. SMSkan details pembayaran ke talian 013-7442273. Baki bayaran RM 100.00 perlu dijelaskan semasa hadir kelas.

PERHATIAN..
PENGESAHAN KELAS DIKIRA SETELAH ANDA MENJELASKAN BAYARAN DEPOSIT. JIKA TIDAK..TEMPAT ANDA AKAN DIBERI KEPADA ORANG LAIN YANG BETUL2 BERMINAT, HARAP MAKLUM..TQ.

KELAS INFO (COKLAT)

KELAS COKLAT ( YURAN RM 200 sahaja )
1) Anda akan diajar secara Hands-on;
2) Nota Lengkap Diberi Percuma;
3) Coklat yang Anda Buat Boleh dibawa Pulang;
4) Khidmat Nasihat Selepas Kursus Percuma Sepanjang Masa;
5) Maksima Lima (5) Orang Pelajar Sahaja;
6) Anda akan diajar Cara membuat:-
i)Pelbagai Perisa Inti/Filling (Strawberry, Orange, Mocha, Yam dll)
ii)Teknik yg betul menemper coklat couverture.
iii)Membuat Pelbagai Bentuk Coklat compound. dgn deco yang menarik.
iv)Pelbagai Bentuk LollyChoc.
v)Pelbagai bentuk coklat oreo.
vi)Teknik mewarna coklat dgn betul dan mudah.
Sila bawa apron, bekas dan tuala kecil.
Masa belajar: 10:00 pagi hingga 5:00 petang @ hingga siap ( makan t/hari disediakan)

KELAS INFO (CUPCAKE)

KELAS CUPCAKE (YURAN RM 200 sahaja)
1) Cara membuat adunan cupcake coklat moist.
2) Cara menyapu topping butterkrim diatas cupcake.
3) Cara mendeco buttercream 6 biji cupcake.
4) Cara mendeco fondant 6 biji cupcake.
5) 12 biji cupcakes boleh dibawa pulang.
6) cara membuat butterkrim yang sedap dan resepi akan di berikan. Sila bawa apron dan kotak cupcakes 12 pcs.
Masa Belajar - 10:00 pagi hingga 3:00 petang @ hingga siap (Makan t/hari disediakan)

EDIBLE IMAGE KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Produk terbaru De' Sal Sweetlovely. Harga Promosi RM16.00 bagi setiap Saiz A4. Harga Biasa RM18.00 Cetakan akan dibuat selepas Semua BAYARAN DIBUAT.
KEISTIMEWAAN DE' SAL EDIBLE
#AROMA HARUM
#RASA YANG MANIS
#IMEJ JELAS
#TIDAK TERLALU NIPIS DAN TIDAK TERLALU TEBAL
#MUDAH DITANGGALKAN
#SHEET DAN DAKWAT YANG HALAL SERTA BOLEH DIMAKAN
#BEBAS TOKSID.
INFO
IMEJ MENGIKUT CITARASA ANDA
Anda boleh menempah imej gambar sendiri, Yang Tersayang atau Sesiapa. Cara Tempahan:-
1.Emailkan gambar yang jelas
2.Sebaik-baiknya gambar mestilah 300 kb & ke atas untuk Imej yang Terang & Jelas
3.Emailkan beserta ucapan dan saiz yang diperlukan.

Thursday, August 26, 2010

ORDER COKLAT RAYA DAN KURMA COKLAT



Order ni telah dihantar semalam pada tuannya, diharap semuanya berpuas hati ya.
yang masih belum siap harap bersabar, akan menyusul nanti, almaklumlah kerja2 membuat coklat ni dibuat secara handmade dan harus dibuat dengan teliti agar coklat2 yang dihasilkan bermutu,sedap dan cantik dipandang.

Tuesday, August 24, 2010

ORDER RAYA






Salam alls,

Sebahagian dari order yang dah dihantar pada customer2, yang belum dihantar diharap bersabar ya, ada yang dah siap dan ada yang belum dipack lagi. order diatas dari staf2 jpnt, diharap semua berpuas hati dengan coklatnya.

Tuesday, August 10, 2010

LOLLYCHOC LOVE BESAR DAN OREO HAND PAINTED


Salam alls,

Design baru dari kami, order dari murid smkif untuk makan2 jer......boleh juga dibuat doorgift untuk sebarang majlis, berminat sila hubungi talian 013 7174422 (pn.sal).

KURMA BERSALUT COKLAT


Salam alls,

Order ni dari kak wan yang bertugas di jpnt, order 50 biji kurma bersalut coklat berintikan badam rangup untuk berbuka katanya. dibuat dengan kurma2 yang terpilih (kotak) agar kualitinya terjamin, bermutu tinggi dan yang paling penting sedap dimakan.

Untuk tempahan sila hubungi talian 013 7174422 (pn.sal)

Sunday, August 8, 2010

KELAS CUPCAKE 7 OGOS 2010 (KUALA TERENGGANU)





Salam alls,

Kelas cupcake di kuala terengganu kali ni dihadiri oleh wan seorang guru dari kg wakaf mempelam, dulu pernah ambil kelas coklat kali ni ambil kelas cupcake pulak, minat dalam bidang ni dan ambik kesempatan nak berbiz di musim raya nanti, diucapkan selamat berjaya, hasilnya bagus tapi kena selalu praktik baru dapat hasil yang lebih baik lagi.

KELAS COKLAT 6 OGOS 2010 (KUALA TERENGGANU)








Salam alls,

Kali ini kelas coklat dihadiri oleh najihah dari kuala ibai dan roby dari kg manir, mereka berdua ni sangat bernasib baik sebab sempat menghadiri kelas coklat ni sebelum puasa, boleh buat biz coklat utk raya nanti, masing2 bersemangat nak bawa balik coklat, boleh buat sample untuk tempahan raya nanti katanya, apa2 pun jangan lupa teknik2 yang diajar semasa kelas dan selamat maju jaya.

Inilah kelas terakhir sebelum puasa di kuala terengganu, kelas akan dibuka semula lepas raya nanti.

Kepada yang berminat nak join kelas coklat ni boleh la menghubungi talian 013 7174422 (pn.sal) untuk booking kelas lepas raya nanti, tarikhnya akan diberitahu kelak,tq.

Wednesday, August 4, 2010

ORDER LOLLYCHOC ROSE

Add Image


Salam alls,

order ni dari adik faziera untuk kakaknya, order 50 batang lollychoc rose warna pink dan purple. order last minit nasib baik siap, diharap berpuas hati dengan coklatnya ya.

COKLAT BOX LOVE SHAPE




Salam alls,

Satu lagi coklat box dari de'sal sweet lovely, coklat box love shape ni kecil sikit, sweet je, sesuai dijadikan hadiah untuk si buah hati atau sebagai buah tangan untuk kawan2. Boleh minta apa saja warna yang anda mahu, sebarang pertanyaan sila email or sms 013 7174422 (pn. sal)

COKLAT BOX RECTANGULAR SHAPE





Salam alls,

Coklat box ni boleh dibuat hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah untuk buah hati atau isteri dan sebagainya, terpulang kepada anda. Boleh tulis apa saja kat atas tu, ucapan2 yang anda mahu, begitu juga dengan warna, nyatakan apa saja warna yang anda suka, Berkenan dan mau order, sila hubungi de'sal sweet lovely 013 7174422 (pn.sal)

Sunday, August 1, 2010

ORDER DARI SABAH UNTUK BESDAY SUAMI TERCINTA






Salam alls,

Order ni dari anis yang bertugas di sabah untuk besday suami yang tersayang pada 5 ogos ni, yang mengajar di tanah merah kelantan, inilah tanda ingatan kasih sayang seorang isteri terhadap suami yang tinggal berjauhan, k sal hantar sendiri by hand pada suami anis semalam, kelakar pun ada juga sebab beliau tak tahu apa isi dalamnya kerana dibungkus begitu rapi sekali.

Buat suami anis k sal ucapkan hepi besday semoga kalian sabar tatkala berjauhan dan berbahagia selalu.

KELAS COKLAT 30 JULAI 2010 (KOTA BHARU)




Salam alls,

Kelas coklat pada kali ni di hadiri oleh 2 orang student, kak nun dari gua musang dan kak zah dari pasir putih, kedua-duanya bekerja. Sebenarnya 4 orang student hari tu tapi sorang kena pegi krusus dan sorang lagi anak pulak demam, takpalah lain kali boleh datang lagi ya.

Kepada akak kita ni diharap praktikkan selalu agar hasilnya akan lebih menarik, selamat berbiz
pulak ya dan selamat maju jaya.